MENGENAL SYAIR

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. /freepik
Syair merupakan sejenis puisi berlagu. /freepik


Sertapuisi.blogspot.com--- Syair juga merupakan sejenis puisi melayu lama yang berangkap. berdasarkan definisi syair yang dijelaskan dalam posts Sertapuisi.blogspot.com, Syair ialah berasal dari parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.


Adapun Peranan dan Fungsi Syair diantaranya ialah:
  • Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulid nabi, kegiatan kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sholat, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
  • Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.



Adapun ciri dan bentuk Syair diantaranya ialah:
  • Merupakan puisi terikat.
  • Syair tidak mempunyai pembayang.
  • Rangkap : Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.
  • Perkataan : Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris.
  • Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap antara 8-12 suku kata dalam sebaris.
  • Rima : Rima akhir dalam serangkap juga tetap a/a/a/a
  • Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause)
  • Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.
  • Dengan lain perkataan, syair ialah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.



Dan sementara itu, jenis-Jenis Syair diantaranya adalah:
  1. Syair cerita.
  2. Syair nasihat.
  3. Syair semangat patriotik.
  4. Syair alam sekitar.
  5. Syair Kiasan.
  6. Syair Ilmu
  7. Syair Keagamaan.
  8. Syair panji.
  9. Syair romantis.
  10. Syair saduran.
  11. Syair sejarah.



Adapun contoh dari bentuk Syair diantaranya ialah: Syair Pemberontakan Patani


Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapat cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera.
Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipengang itu dipohonkan.
Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara.
Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira.
Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli hadirat, Bimbang dan masyghul disuruh kerat.
Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuslah hati yang bercinta, kepada Allah diserah semata.
Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri.
Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa, kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa.
Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas negeri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliputi negeri.
Jadilah dititahkan Seri Betara, tiadalah lagi terkira-kira, Berjalanlah pergi bersegera-segera, Mendapat cogan Raja Senggora.


Hasil Ciptaan


Syair Alam sekitar

Bumi yang indah ciptaan tuhan, Dipenuhi dengan pelbagai kehidupan, Selain manusia terdapat haiwan, Di samping juga tumbuh-tumbuhan.
Alam ini kurnian ilahi, Kurnia yang harus kita hargai, Hendaklah dijaga dan disayangi, Kerosakan tiada bumi harmoni.
Hutan diteroka sesuka hati, Sikap manusia mementingkan diri, Tanpa dipantau dan juga awasi, Menyebabkan alam musnahlah nanti.
Flora dan fauna ciptaan tuhan, Tumbuh meliar menghiasi taman, Kalau kita mahukan keamanan, Haruslah dipelihara ke akhir zaman.
Pencemar tasik dan juga sungai, Semakin berleluasa kebelakangan ini, Jangan kita hanya memerhati, Sekatlah segera bersungguh hati.

Jika bumi diinginkan sentosa,
Adakan kempen membuat jasa,
Marilah kita semua bangsa,
memulihara alam setiap masa.

Bumi kita semakin tua,
Kemusnahan alam tiada nohtahnya,
Kita manusia harus bersedia,
Menjaga alam ke arah sejahtera.

Tegur menegur setiap masa,
Kerjasama kita semasa bangsa,
Alam dianugerah untuk dijaga,
Dari pencipta kepada manusia.

Post a Comment for "MENGENAL SYAIR"